Wednesday 26 November 2014

chocolate cake


sponge cake

185 gram mentega
250 gram gula castor
60 gram serbuk koko
250 gram susu
240 gram tepung gandum
3 biji telur ( gred A )
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 1/2 sudu teh kopi ( optional)
Method
1.Ayak tepung bersama serbuk koko, baking powder dan baking soda. ketepikan
2.Pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan berubah warna
3.Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul adunan
4.Campurkan susu dengan serbuk koko
5.Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit diselangselikan dengan susu.
6.Gunakan spatula untuk mengaup adunan kek
7.Masukkan adunan ke dalam loyang bulat dan bakar pada suhu 160-170 celcius selama 45 minit


chocolate mousse

3 biji kuning telur
100gm coklat masakan gelap
8 gm gelatin
30 ml air
250 gm Krim bukan tenusu
1 sudu teh esen vanilla
50 gm coklat masakan gelap di cincang kasar

Method

1.Cairkan gelatin
2.Cairkan 100 gm coklat masakan kaedah kukusan (double boiler)
3.Masak telur kuning dengan kaedah kukusan sambil sentiasa dikacau hingga berkrim
4.Tuangkan gelatin dalam kuning telur dan gaul rata
5.Tuangkan pula coklat cair dan kacau rata, ketepikan
6.Dalam bekas lain putar krim bukan tenusu hingga kental
7.Tuangkan 1/3 adunan dalam adunan coklat dan kaup balik rata
8.Tuangkan baki adunan dan esen vanilla dan kaup balik sempurna




Ganache Coklat Krim

125 ml krim tenusu
20 gm sirap glukos
200 gm coklat masakan gelap
15 gm mentega

Panaskan krim dan sirap glukos hingga berbuih kecil tepi periuk
Tuangkan dalam coklat yang di cincang terlebih dahulu
Kacau rata
Tambahkan mentega dan gaul sempurna
Sejukkan 
Kemudian pukul hingga berkrim

Method

Letakkan sekeping kek atas lapik kek
Basahkan permukaan kek dengan sedikit air nescafe ( sedikit sahaja untuk melembabkan kek)
Kemudian ratakan Coklat Mousse atas lapisan kek
Taburkan pula dengan coklat masakan yang dah di cincang kasar
lapikkan pula dengan sekeping lagi kek coklat
Ulang proses yang sama hingga habis

Salutkan pula kek dengan Ganash Coklat Krim
Deko kek anda mengikut kreativiti
Simpan dalam peti ais hingga ganache mengeras
Akhir salutkan keseluruhan kek dengan mousse coklat
Simpan sebentar dalam peti ais paling kurang 4 jam
Ayak serbuk koko atas kek sebelum dihidangkan jika suka




No comments:

Post a Comment